Sunday, January 8, 2017

Neraka indah?


Nah.
Baca tajuk entry. Takut?
Itu pepatah yang Hamka Kereta Mayat reka dalam buku ni – Semusim di Neraka. Maksud dia, Don’t judge a car by its cover.
Kalau sebelum ni saya dah ulas buku Semusim di Syurga yang lengkap dengan rasa macam secukup rasa tu, yang kadang-kadang mengalir air mata sendiri tanpa sedar dan kadang kala gelak macam tengok maharaja lawak yang tak lawak sangat tu (bagi saya lah).
Okay sekarang kita cerita tentang buku ni pula.
Semusim di Neraka ni tajuknya memang agak seram. Tapi don’t worry, buku ni sarat dengan pengajaran walaupun ditulis dengan santai dan sindiran yang tajam menusuk hati. Bagus lah kan? Sekurang-kurangnya kita tahu mana salah kita yang perlu dibetulkan. Bak kata orang, betulkan yang biasa, biasakan yang betul. Gitu.
Saya sarankan, kalau awak tak cukup masa nak hadir kuliah agama atau malas pula nak buka youtube ceramah walaupun internet laju gila, awak baca lah buku ni. Bahasanya mudah. Dan awak akan dapat ilmu. Bahkan awak terhibur lagi dengan ‘kenakalan’ driver kereta mayat ni.
Saya sendiri jangan cakaplah, memang dah macam meroyan time baca buku ni. Sekejap dahi berkerut baca part hukum, sekejap gelak sorang-sorang sampaikan orang sebelah pelik, sekejap pulak nak menangis bila baca kisah zaman nabi kita berdakwah 😭 Tak mampu nak tahan air mata dik oii. Sedih!
Habis tu apa bezanya Semusim di Syurga vs Semusim di Neraka?
Bezanya, syurga nikmat dan neraka azab lah. Betul? (Cubaan apakah ini?)
Okay, baik.
Semusim di Neraka ni boleh katakan rentetan cerita dari Semusim di Syurga sebab watak dan kesinambungan kisah yang diceritakan adalah berkaitan antara satu sama lain. So, kalau nak baca buku ni, awak seharusnya (baca: sewajibnya) baca buku Semusim di Syurga dulu. Baru awak akan lebih faham. Bukan tak faham langsung kalau tak baca buku sebelumnya, tapi awak akan leeeebih faham.
Faham? Ke faham?
Banyak sangat benda best saya nak tulis pasal buku ni. Tapi seperti Hamka tulis, katanya: Kalau kita tak mampu terangkan dengan ringkas dan jelas apa yang kita baca, kita sebenarnya tak cukup faham apa yang kita baca. Haa lebih kurang gitu lah maksudnya.
Jadi, harap fahamlah apa yang saya tulis ni ya? Tak perlulah saya tulis review panjang-panjang, kang nanti jadi buku pulak. Lepas tu, awak semua pun tak beli dah buku Semusim di Neraka ni. Macam mana tu?
Nak lebih tahu, awak kena baca sendiri and enjoy your reading. Nak senang, beli dua buah buku semusim ni terus. Kalau malas juga nak pergi bookstore, beli online je beb. Train your brain baca buku selalu, nanti otak sihat, aktif berfikir dan lambat nyanyuk. In shaa Allah.
p/s: Sila lawati FB Page Budabeg – Online Bookshop (https://www.facebook.com/budabeg/) untuk pembelian buku ini secara online dan pos.
-DoubleU
sumber: https://budabeg.wordpress.com/2016/11/01/indah-kereta-mayat-dari-mayat/

No comments:

Post a Comment