Monday, October 3, 2016

Salam Perkenalan/ Perpisahan

Arwah dulu, baik orangnya-Kata Bini aku.
Blog ini di adakan sebagai rujukan mudah kepada semua peminat atau pembaca Buku Hamka Keretamayat untuk membaca ulasan, komen, atau persoalan serta lain lain hal berkaitan semua buku yang di tulis oleh Hamka Keretamayat.

Hamka Kereta Mayat adalah seorang penulis dari Malaysia dan nama sebenar beliau adalah Hamka. Arwah ibunya yang meminati buku hasil tulisan Ulamak dari Indonesia iaitu HAMKA, telah menamakan anak ke empat dari sembilan adik beradik dengan nama Hamka.

Kereta Mayat pula merujuk kepada tajuk Blognya yang pernah popular di awal tahun 2006 sehingga 2012.

Semenjak zaman kebangkitan FB, IG, Tweet dan lain lain, dunia blogger semakin suram namun Hamka mengambil peluang untuk membukukan hasil karya beliau dalam Buku Buku yang boleh di dapati di pasaran.

Semoga Blog ini dapat menjadi medan wacana berilmiah (wah!
sedapnya bahasa) bagi mereka yang mahu menggunakan kesempatan hidup sezaman dengan Hamka untuk mengambil faedah sementara nyawa masih di kandung badan.

Sudah meninggal Hamka nanti, tak ada lah yang jawab komen korang, sila sedekah al fatihah sambil kagum dari jauh.

Woha!

Rujukan:

Blog Keretamayat

FaceBook Keretamayat

Instagram Keretamayat

Twitter Keretamayat.

No comments:

Post a Comment