Sekali dengar macam kenal je kan tajuk tu. Eh, ni bukan
macam yang korang fikir. Itu Kamasutera, ini Kamar Sutera. Kali ni lagi sekali
aku nak talk about a book. This book is about… okeyh cakap melayu je la kan.
It’s sound great when I speak in Malay okeyh.. ahaks..
Seronok, dua ronok dan beronok-ronok (bak kata Dr Fadhilah
Kamsah) bila menatap buku ni. Bukan menatap je okeyh, baca la maksud aku. Kalau
setakat tatap tapi tak baca macam mana nak tau ceritanya ye tak. Seronok sebab
buku ni ayatnya banyak yang kelakar, dua ronok sebab ceritanya berkisar kisah
rumah tangga yang kadang-kadang buat aku pandang keliling malu-malu kucing dan
beronok-ronok sebab kata penulis buku ni dapat buat korang yang bujang terasa
nak je kawen esok hari. Eh? Kenapa semua nak rampas buku ni dari aku? Hangpa
tak sabaq nak kawen ka?
Tapi sebelum korang nak baca buku ni, better check, korang
dah sunat ke belum, sebab ada perkataan yang ala-ala ehem-ehem sikit tapi masih
lagi dalam kawalan. Tapi parah juga kalau adik-adik yang baru belajar eja suku
kata baca buku ni. Buatnya dia tanya, “Abang, bersetubuh tu apa?” Ha kau.. tak
ke kau jadi patung kejap memikir nak jawab apa. Ala ,kau jawab je bersetubuh tu
ada satu je tubuh, kalau berduatubuh tu maknanya kembar siam melekat. Kan kan
kan.
Hamka Kereta Mayat memang kreatif menggabungkan kisah rumah
tangga dengan unsur pengajaran dan juga unsur agama dalam menititi alam
perkahwinan. Kadang-kadang walaupun aku masih bujang, tetiba terover feeling
macam ada isteri. Eh? Dari cerita dalam rumah hinggalah perancangan ekonomi
dikupas molek-molek oleh beliau tapi dengan cara humor berisi. Bagi aku tak
rugi korang baca, selain dapat menerjah pengalaman rumahtangga, dapat juga
korang bayangkan atau rancang kisah korang pulak bagi yang masih bujang trang
tang tang tu. Yang dah kawin, ha korang boleh la apply mana-mana yang boleh
diapply dalam kisah hidup korang. Bak kata Kereta Mayat:
“Semoga Kamar Sutera ini dapat memberi hikmah kepada kita
semua terutama kepada mereka yang hendak berkahwin tapi tidak yakin untuk
berkahwin. Rugi juga jika belum berkahwin , tapi sudah bertukar jadi mayat.”
Ilmu yang baru utk saya. TQ
ReplyDeletecara mengerjakan umrah
umrah diy
pakej umrah terbaik